Thursday, November 12, 2015

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SKLM

Pada 30 Oktober sehingga 01 November 2015 bersamaan hari Jumaat sehingga hari Ahad yang lepas, satu perkhemahan gabungan telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Lung Manis. Perkhemahan unit beruniform kali ini diadakan di bawah kendalian guru pemimpin unit beruniform Kadet Remaja Sekolah dengan bantuan daripada seluruh staf SKLM. Perkhemahan ini telah disertai oleh Unit Beruniform St. John, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Perkhemahan ini telah diadakan tiga hari dua malam bermula petang hari Jumaat. Pada awalnya, khemah peserta dicadangkan untuk didirikan di padang sekolah namun oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan, khemah peserta telah didirikan di kawasan dewan terbuka. Aktiviti pertama yang dilaksanakan pada hari Jumaat adalah pendaftaran, ice breaking serta aktiviti Si Buta Sayang pada malam tersebut.

Aktiviti orientering dan ikatan simpulan pula telah dilaksanakan pada hari Sabtu dengan bantuan daripada fasilitator yang dijemput khas dari sekolah lain. Setelah selesai aktiviti tersebut, larian berhalangan telah dilaksanakan bagi mengelakkan cuaca yang tidak menentu pada petang hari. Aktiviti malam kebudayaan telah menyaksikan pelbagai idea menarik dan kreatif yang telah dipersembahkan oleh peserta pada malam hari Sabtu. Usai malam kebudayaan, aktiviti diteruskan dengan malam burung pungguk yang berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

Penutupan perkhemahan telah dilaksanakan pada hari Ahad setelah selesai murid mengemaskan semula khemah mereka. Secara kesimpulannya, perkhemahan kali ini telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang pastinya berguna kepada para peserta.





Aktiviti Ice Breaking yang dikendalikan oleh Puan Juraidah


Aktiviti Si Buta Sayang


Aktiviti Orientering dan simpulan





Antara persembahan semasa Malam Kebudayaan





Sukan PIBG SKLM

Pada 18 Oktober yang lalu, Sekolah Kebangsaan Lung Manis telah mengadakan sukan PIBG sekolah. Acara ini telah berlangsung dengan meriah kerana kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan pada hari tersebut ialah acara tarik tali, acara tiang licin (peserta memanjat tiang licin untuk mengambil bendera di atas bagi memenangi RM 300), acara lari ikat kaki berpasangan, menganyam ketupat serta pelbagai acara lain yang menyeronokkan. Selain itu, cabutan bertuah juga telah diadakan pada hari tersebut yang menawarkan sebanyak 77 bungkusan hadiah sumbangan ibu bapa dan guru. Secara keseluruhannya, acara sukan ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan agar dapat diteruskan pada masa akan datang.


Gambar 1 : Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan


Gambar 2 : Antara VIP yang sedang menyaksikan acara yang sedang berlangsung


Gambar 3 : Trofi pemenang bagi setiap acara


Gambar 4 : Acara memanjat tiang licin sedang dilangsungkan


Gambar 5 : Acara menganyam ketupat



Gambar 6 : Suasana sebelum acara rebut kerusi bermula