Tuesday, August 18, 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 14 Julai 2015 dan dihadiri oleh semua warga Sk Lung Manis bersama ibu bapa murid. Pembukaan majlis telah diadakan di Dewan Bestari Sk Lung Manis dengan ucapan serta persembahan daripada murid-murid Sk Lung Manis. Setelah itu, majlis diteruskan di dalam bangunan kelas yang mana konsep kelas terbuka telah dilaksanakan. Setiap kelas telah menyediakan makanan di dalam kelas masing-masing dan semua warga sekolah bebas berkunjung ke mana-mana kelas yang diingini. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. 









SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 18 Mei yang lepas, sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka Sk Lung Manis. Aktiviti ini berjalan dengan lancar bermula dari awal majlis sehingga selesai. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah persembahan pakaian beragam daripada guru dan staf Sk Lung Manis. Selain itu, penyampaian hadiah kepada guru popular juga telah disampaikan pada hari tersebut. Bagi anugerah guru popular, undian telah dilakukan seminggu sebelum sambutan berdasarkan jumlah ucapan terbanyak yang diterima. Bagi kategori guru perempuan popular, Cik Nis Asnera telah dianugerahkan gelaran tersebut manakala Encik Jowhar pula telah memenangi anugerah tersebut bagi kategori lelaki. Acara bersalaman bersama murid juga telah dilakukan semasa sambutan tersebut. Murid mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan hadiah serta ucapan kepada guru-guru mereka. 

Setelah selesai majlis di Dewan Bestari, sambutan diteruskan lagi dengan acara sukaneka guru-guru. Antara permainan yang telah dimainkan ialah acara memanah, bowling padang, seret bola dalam gelung dan juga pertandingan membawa bola pingpong di dalam sudu. Sambutan ini kemudiannya telah diakhiri dengan jamuan serta majlis bertukar hadiah sesama guru.






Antara persembahan pakaian beragam daripada guru dan staf Sk Lung Manis














Acara Sukaneka :