Saturday, December 5, 2015

Takwim Sekolah 2016





Sumber : http://www.moe.gov.my/my/Takwim-Sekolah-2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2015

Pada 18 November 2015 yang lepas, SK Lung Manis Sandakan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi tahun 2015. Ia diadakan serentak dengan Majlis Graduasi Tahun Enam Kali Pertama serta Konvokesyen Prasekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan terhadap kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid serta warga sekolah termasuk guru. 

Sejak awal pagi lagi, acara telah dimulakan dengan majlis konvokesyen prasekolah SK Lung Manis diikuti dengan Majlis Graduasi Tahun Enam. Setelah selesai kedua-dua majlis tersebut, ia diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ketiga dan diikuti dengan penyampaian anugerah kepada murid yang mendapat markah tertinggi bagi setiap mata pelajaran mengikut tahun serta murid terbaik mengikut tahap. Penerima anugerah murid terbaik bagi tahap 1 ialah adik Erwin bin Ambar dari Tahun 1 Aktif manakala penerima anugerah bagi murid terbaik tahap 2 pula ialah adik Sahira binti Ramli dari Tahun 4 Inovatif.

Setelah persembahan selingan, penyampaian anugerah diteruskan dengan anugerah kokurikulum serta anugerah khas daripada Unit Pentadbiran, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Penyampaian anugerah kemudiannya diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada guru serta penyampaian anugerah kepada ibu bapa dan estet.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat sewaktu majlis sedang berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari tersebut.


Pertandingan pakaian beragam Prasekolah Sk Lung Manis



Antara persembahan ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan








Antara murid yang menerima anugerah


Hiasan pentas



Murid Tahun Enam sedang bersedia untuk Majlis Graduasi Kali Pertama



Konvokesyen prasekolah sedang berlangsung




Thursday, November 12, 2015

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SKLM

Pada 30 Oktober sehingga 01 November 2015 bersamaan hari Jumaat sehingga hari Ahad yang lepas, satu perkhemahan gabungan telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Lung Manis. Perkhemahan unit beruniform kali ini diadakan di bawah kendalian guru pemimpin unit beruniform Kadet Remaja Sekolah dengan bantuan daripada seluruh staf SKLM. Perkhemahan ini telah disertai oleh Unit Beruniform St. John, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Perkhemahan ini telah diadakan tiga hari dua malam bermula petang hari Jumaat. Pada awalnya, khemah peserta dicadangkan untuk didirikan di padang sekolah namun oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan, khemah peserta telah didirikan di kawasan dewan terbuka. Aktiviti pertama yang dilaksanakan pada hari Jumaat adalah pendaftaran, ice breaking serta aktiviti Si Buta Sayang pada malam tersebut.

Aktiviti orientering dan ikatan simpulan pula telah dilaksanakan pada hari Sabtu dengan bantuan daripada fasilitator yang dijemput khas dari sekolah lain. Setelah selesai aktiviti tersebut, larian berhalangan telah dilaksanakan bagi mengelakkan cuaca yang tidak menentu pada petang hari. Aktiviti malam kebudayaan telah menyaksikan pelbagai idea menarik dan kreatif yang telah dipersembahkan oleh peserta pada malam hari Sabtu. Usai malam kebudayaan, aktiviti diteruskan dengan malam burung pungguk yang berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

Penutupan perkhemahan telah dilaksanakan pada hari Ahad setelah selesai murid mengemaskan semula khemah mereka. Secara kesimpulannya, perkhemahan kali ini telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang pastinya berguna kepada para peserta.





Aktiviti Ice Breaking yang dikendalikan oleh Puan Juraidah


Aktiviti Si Buta Sayang


Aktiviti Orientering dan simpulan





Antara persembahan semasa Malam Kebudayaan





Sukan PIBG SKLM

Pada 18 Oktober yang lalu, Sekolah Kebangsaan Lung Manis telah mengadakan sukan PIBG sekolah. Acara ini telah berlangsung dengan meriah kerana kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan pada hari tersebut ialah acara tarik tali, acara tiang licin (peserta memanjat tiang licin untuk mengambil bendera di atas bagi memenangi RM 300), acara lari ikat kaki berpasangan, menganyam ketupat serta pelbagai acara lain yang menyeronokkan. Selain itu, cabutan bertuah juga telah diadakan pada hari tersebut yang menawarkan sebanyak 77 bungkusan hadiah sumbangan ibu bapa dan guru. Secara keseluruhannya, acara sukan ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan agar dapat diteruskan pada masa akan datang.


Gambar 1 : Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan


Gambar 2 : Antara VIP yang sedang menyaksikan acara yang sedang berlangsung


Gambar 3 : Trofi pemenang bagi setiap acara


Gambar 4 : Acara memanjat tiang licin sedang dilangsungkan


Gambar 5 : Acara menganyam ketupat



Gambar 6 : Suasana sebelum acara rebut kerusi bermula

Tuesday, August 18, 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 14 Julai 2015 dan dihadiri oleh semua warga Sk Lung Manis bersama ibu bapa murid. Pembukaan majlis telah diadakan di Dewan Bestari Sk Lung Manis dengan ucapan serta persembahan daripada murid-murid Sk Lung Manis. Setelah itu, majlis diteruskan di dalam bangunan kelas yang mana konsep kelas terbuka telah dilaksanakan. Setiap kelas telah menyediakan makanan di dalam kelas masing-masing dan semua warga sekolah bebas berkunjung ke mana-mana kelas yang diingini. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. 









SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 18 Mei yang lepas, sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka Sk Lung Manis. Aktiviti ini berjalan dengan lancar bermula dari awal majlis sehingga selesai. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah persembahan pakaian beragam daripada guru dan staf Sk Lung Manis. Selain itu, penyampaian hadiah kepada guru popular juga telah disampaikan pada hari tersebut. Bagi anugerah guru popular, undian telah dilakukan seminggu sebelum sambutan berdasarkan jumlah ucapan terbanyak yang diterima. Bagi kategori guru perempuan popular, Cik Nis Asnera telah dianugerahkan gelaran tersebut manakala Encik Jowhar pula telah memenangi anugerah tersebut bagi kategori lelaki. Acara bersalaman bersama murid juga telah dilakukan semasa sambutan tersebut. Murid mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan hadiah serta ucapan kepada guru-guru mereka. 

Setelah selesai majlis di Dewan Bestari, sambutan diteruskan lagi dengan acara sukaneka guru-guru. Antara permainan yang telah dimainkan ialah acara memanah, bowling padang, seret bola dalam gelung dan juga pertandingan membawa bola pingpong di dalam sudu. Sambutan ini kemudiannya telah diakhiri dengan jamuan serta majlis bertukar hadiah sesama guru.






Antara persembahan pakaian beragam daripada guru dan staf Sk Lung Manis














Acara Sukaneka :