Sunday, March 15, 2015

Mesyuarat PIBG dan Pembahagian KWAPM

Pada 13 Mac 2015 bersamaan hari Jumaat, satu mesyuarat PIBG telah dilaksanakan sebelum berlangsungnya majlis penyerahan bantuan KWAPM kepada ibu bapa murid yang terlibat di Dewan Bestari SK Lung Manis. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru, yuran PIBG tahunan serta aktiviti gotong royong dan sukan PIBG. Setelah mesyuarat selesai, majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan KWAPM kepada ibu bapa yang terlibat. Diharapkan bantuan yang disalurkan kepada ibu bapa yang terlibat dapat meringankan sedikit beban mereka serta meningkatkan kualiti pembelajaran anak mereka.

SEKITAR MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM

















Saturday, March 14, 2015

MTQ DAERAH SANDAKAN 2015 (SEKOLAH RENDAH)

MTQ Daerah Sandakan telah berlangsung pada 11 Mac 2015 (Rabu). Sk Lung Manis, Sandakan telah menghantar dua orang peserta bagi kategori bercerita sekolah rendah (L) serta kategori hafazan (P). Pertandingan ini telah dilaksanakan di SK Karamunting. Segala pengalaman yang diperolehi oleh peserta diharapkan dapat menjadi panduan kepada mereka untuk mengasah lagi bakat yang ada bagi membolehkan mereka mewakili sekolah pada masa akan datang. 

MUHAMMAD FAIZ IZZUDDIN BIN ABDUL SAMAD, 11 Tahun
(Wakil Pertandingan Bercerita (L))

NUR IZYAN SYAQINAH BINTI SAREPUDDIN, 10 Tahun
(Wakil Pertandingan Hafazan (P))

Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama Tahun 2015

11 Mac 2015 merupakan hari perjumpaan kali pertama bagi ketiga-tiga rumah sukan Sk Lung Manis. Perjumpaan ini bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru dalam rumah sukan masing-masing serta perbincangan mengenai bayaran yuran yang perlu dikutip. Berikut merupakan sedikit sedutan gambar yang diambil ketika perjumpaan dijalankan.


RUMAH SUKAN BIRU (KELAS TAHUN 6)




RUMAH SUKAN KUNING (KELAS TAHUN 3)




RUMAH SUKAN MERAH (KELAS TAHUN 4)




UJIAN 1 SK LUNG MANIS, SANDAKAN

Ujian 1 SK Lung Manis yang melibatkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam/Moral telah dilaksanakan pada tarikh 4 & 5 Mac 2015. Ujian bagi mata pelajaran selain mata pelajaran teras pula telah dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Suasana ketika ujian Bahasa Malaysia Kertas 1 bagi kelas Tahun 4

Saturday, March 7, 2015

Kem Kepimpinan dan Kem Motivasi

Satu kem motivasi dan kepimpinan telah dijalankan bertempat di SK Lung Manis pada tanggal 13 dan 14 Februari 2015. Program ini telah disertai oleh murid-murid yang mempunyai jawatan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas kebersihan. Selain itu, program ini juga disertai oleh murid-murid Tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. 





Taklimat ringkas di awal program.

Pengisian tazkirah ringkas di surau sekolah semasa menunggu waktu Isyak.

Murid-murid sedang melakukan aktiviti riadah dengan bimbingan beberapa orang guru.








Aktiviti menghasilkan bahan kreatif dari barangan terbuang.