Friday, August 19, 2016

Program Anakku Sayang (Jumaat - 19.08.2016)

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta langkah berjaga-jaga di kalangan semua warga SK Lung Manis khususnya murid-murid terhadap gangguan seksual dan juga sumbang mahram.

Perkara ini difikirkan perlu kerana terdapat beberapa kes yang berlaku di sekitar daerah berhampiran yang menjadi kebimbingan kepada para guru dan ibubapa.

Program ini juga akan dibuat lagi sebelum cuti persekolahan akhir tahun. Ibubapa juga akan diberi pendedahan melalui Seminar Keibubapaan yang akan dianjurkan oleh PIBG sebelum sesi persekolahan 2016 berakhir.

Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina. Guru-guru memainkan peranan di dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan untuk disampaikan kepada murid-murid.












No comments: