Sunday, January 26, 2014

MAJLIS PENYERAHAN RM100

Pada 25 Jan 2014, SK Lung Manis telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM100.



Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB MEJAR (K) DATUK HAJI SAMSUDIN BIN YAHYA (ADUN N43 SEKONG).Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Balai Polis Beluran dan Ketua Pemuda UMNO. 

Dari kiri : En. Kamarulariffin Mohamed Zabil (Guru Besar SKLM), YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin bin Yahya, dan Ketua Balai Polis Beluran.
Ucapan daripada Pengerusi PIBG (En. Jikol bin Jangil)

Ucapan alu-aluan daripada En. Kamarulariffin bin Mohamed Zabil (Guru Besar SK Lung Manis)



Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada beberapa orang murid yang terpilih oleh YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin bin Yahya.

Penyerahan sumbangan 30 buah komputer riba 1Malaysia oleh UMNO kepada pihak sekolah.


Friday, January 24, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 24 Jan 2014 (Jumaat), SK Lung Manis telah mengdakan sambutan Maulidur Rasul 1435H peringkat sekolah.




Sambutan dimulakan dengan perarakan  murid-murid dan guru sambil berselawat dari pintu pagar sekolah hingga ke surau baru.

Sambutan ini adalah majlis yang pertama diadakan di surau berkenaan setelah siap dibina sekitar akhir tahun 2013.


Ustaz Zulkarnain dari SK Ulu Dusun telah dijemput untuk memberi ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini.



Kemudian, sesi soaljawab dan pertandingan kuiz diadakan. Guru Besar SK Lung Manis menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selain itu juga, guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan melukis bagi Tahap 1 yang telah diadakan lebih awal.


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua tetamu jemputan dari SK Ulu Dusun atas kesudian bertandang  dan menjayakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Lung Manis.



Monday, January 20, 2014

Mesyuarat Staf Bil 1/2014

Pada 18 Jan 2014 (Sabtu), SK Lung Manis telah mengadakan Mesyuarat Staf Bil 1/2014 yang julung-julung kali diadakan di luar kawasan sekolah, iaitu di Hotel Hsiang Garden, Bandar Leila, Sandakan.

Seramai 17 orang guru termasuk pihak pentadbiran dan 4 orang AKS telah menghadiri mesyuarat tersebut bermula pada jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Hotel Hsiang Garden. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Kamarulariffin bin Mohamed Zabil selaku Guru Besar SK Lung Manis yang baru mengambil alih tugas tersebut selama sebulan.



Mesyuarat tersebut merangkumi mesyuarat pentadbiran/akademik, hal ehwal murid (HEM) dan ko-kurikulum. Ianya telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak dan diakhiri pada jam 12.00 tengah hari dengan sedikit jamuan makan tengah hari yang telah disediakan. 

Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh setiap guru dan AKS dan diharap semangat kekitaan dapat terus disemai dalam suasana yang harmoni.

Guru Besar memegang pada prinsip beliau,

"BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL"