Monday, June 29, 2015

DIALOG PRESTASI DAN IKRAR MURID SERTA IBU BAPA

Pada 16 Mei 2015 bersamaan hari Sabtu yang lepas, satu program dialog prestasi telah diadakan di Sk Lung Manis. Program ini telah dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah, pengerusi PIBG sekolah iaitu En.Jikol, beberapa orang guru yang terlibat, ibu bapa murid tahun enam serta murid-murid tahun enam. Dialog prestasi ini bertujuan untuk membincangkan mengenai tahap preatasi murid-murid tahun enam dalam mata pelajaran teras. Selain itu, ikrar murid juga telah dilaksanakan pada hari yang sama. Murid-murid telah berikrar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di hadapan ibu bapa mereka. Di samping itu, ibu bapa juga telah berikrar bagi memastikan anak mereka akan mencapai keputusan yang cemerlang serta memantau pembelalajaran anak mereka di rumah.