Majlis ini diadakan untuk menerangkan beberapa aktiviti dan program yang akan diadakan untuk pelajar Tahun 6 yang merupakan calon UPSR 2014. Semua aktiviti dan program yang akan diusahakan oleh pihak sekolah tidak akan berjaya jika tiada kerjasama daripada pihak ibu bapa dan pelajar itu sendiri.
Dalam majlis tersebut, guru-guru berkongsi maklumat tentang prestasi kecemerlangan pelajar Tahun 6 dan bertukar pendapat sesama ibu bapa dalam memperbaiki kelemahan pelajar tersebut. Pertemuan ini juga bertujuan untuk mencungkil permasalahan yang dihadapi oleh setiap pelajar sama ada di rumah mahu pun di sekolah.
Semua ibu bapa bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan semua aktiviti sekolah demi kecemerlangan anak masing-masing.
Pihak sekolah diwakili oleh Pn. Marna Siran selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Sainah Said (guru kelas & guru Bahasa Malaysia), En. Jowhar Hamsah (guru Sains), En. Abdul Samad Bokhari (guru Matematik) dan Cik Siti Nurul Hazlina Ab Razak (guru Bahasa Inggeris).
Pn. Marna mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama erat yang telah ditunjukkan oleh para ibu bapa dalam memastikan prestasi kecemerlangan calon UPSR 2014.
Sesi pertemuan seterusnya akan diadakan sebelum cuti pertengahan tahun bermula.
No comments:
Post a Comment